Followers

Monday 15 August 2011

Cara Jahit Pinggang Kain Menggunakan Getah + Vecrom

Assalamualaikum semua.. kali ni saya nak share ngan kalian semua bagaimana nak jahit pinggang kain yg bergabung getah + vecrom[pengeras] ... cara ni boleh digunakan untuk pinggang kain yg zip ditepi... kalau kain yg zip di tengah belakang pinggang kain, ada cara lain.. nanti akan saya share juga jika ada yg berminat.. :)

Pertama sekali, ambil ukur lilit pinggang. Di bawah ni adalah ukuran contoh ye.. :) sila lihat gambar untuk penerangan step-by-step ... tutorial ini dibuat berdasarkan contoh kain susun kiri..

~Ukuran ukur lilit pinggang = 30inch
~lipat tali tape[pita ukur] menjadi 2 bahagian ~ 1 utk bhgn getah dan 1 untuk bhgn vecrom .. 
~bahagian vecrom (ukur lilit pinggang / 2 ~ 30/2=15inch) bahagi 2 (untuk depan dan belakang) => 15inch/2 = 7 1/2 inch [2 keping]
~bahagian getah (ukur lilit pinggang / 2 ~30/2=15inch -1inch @ 1 1/2inch @ 2inch [untuk kedut]) => 15inch-1inch=14inch
~ 14inch / 2=7inch [2 keping] & ambil satu drpd 2 keping tu dan bahagi kepada 2 => 7inch/2=3 1/2 inch [2 keping]
~ vekrom 1 1/2 inch [1 keping]

kesimpulan nye : 
Getah = 3 keping [2 keping 3 1/2inch & 1 keping 7inch]
Vecrom = 3 keping [2 keping 7 1/2inch & 1 keping 1inch]

sila rujuk gambar dibawah.. :)

vecrom 3 keping[2 panjang & 1 pendek]
getah 3 keping[2 pendek & 1 panjang]


sambung kan dalam keadaan 
seperti dalam gambar di atas..


cantum kan vekrom di atas getah. 
pastikan yg lain2 pun sama. 
jangan ada yg di bawah 
dan ada yg di atas..


bahagian hujung getah.. 


bahagian hujung vecrom 1 1/2 inch..


jahit dulu bahagian hujung getah 
& bahagian hujung vecrom.
langkah ini adalah untuk 
memudahkan step seterus nya.. :)


jahit di bahagian hadapan pinggang 
kain seperti gambar di atas..


pastikan di bahagian dalam 
lipatan nye x terlalu besar 
& x terlalu kecil.. 
pastikan jahit dengan kemas.. :)


dah siap jahit.. gambar yg ni 
belum siap sepenuhnya ye.. :) 
sila sambung kerja anda 
seperti gambar dibawah...


ni bahagian getah pendek. 
untuk jahit tengah2 bahagian getah, 
sila guna no.5[jahitan jelujur] 
utk mesin industri SINGER.



jahit kan keliling vekrom 
untuk nampak kekemasan


ni bahagian getah 
panjang[di bahagian tepi pinggang]


ni bahagian getah pendek cantum pada
vekrom 1 1/2 inch[untuk dipasang cangkuk I]


taraaa.... 
dah siap jahit dah pinggang kain
 gabungan vekrom + getah...


Selamat mencuba yer kalian semua... ;)

y@t!3 @ My Sewing Studio Collection

12 comments:

  1. salam, nak tanya
    lining kain tu beli di mana ye? nampak cantik dan selesa.
    tq :)

    ReplyDelete
  2. Cik puan Razana, kain kelabu Tu ye? ... Kain jenis valentro dia Jakel....mmg best kain ni... ;-)

    ReplyDelete
  3. Zip sye kat blkng .. getah full mcm mne mula2 nk jahit .. kain satin ..

    ReplyDelete
  4. Zip sye kat blkng .. getah full mcm mne mula2 nk jahit .. kain satin ..

    ReplyDelete
  5. Salam nak tny vecrom tu nak dapat kat mana ya?

    ReplyDelete
  6. terima kasih tutorialnya.sgt membantu
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Tiada yg lain.dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,mcm mna nk jahit vecrom pd kain? Sis kata first step jahit hujung kiri dan kanan, dan step seterusnya jahit vecrom dlu dan akhirnya getah. Jd sy nk tahu mcm mna nk bg vecrom tu centre antara dpn dan belakang, sbb sy jahit kain baju kurung lipat tepi, takde dart, mcm mna nk buat ukuran tu ye? Boleh bg penjelasan?

    ReplyDelete